Author: seruling
•14:03

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semenjak bumi ini disinari cahaya islam, pertembungan antara hak dan batil sentiasa berlaku, seolah-olah sudah menjadi rutin harian masyarakat dunia. Permusuhan antara hak dan batil bermula di alam malakut apabia makhluk bernama iblis tidak mahu tunduk kepada makhluk bernama manusia(Nabi Adam as) ciptaan Allah swt. Maka bermulalah permusushan hakiki yang tidak berkesudahan apabila kedua-dua makhluk itu di halau keluar dari syurga untuk ditempatkan di alam yang baru bernama bumi.


Firman Allah swt di dalam Surah Al-Baqarah, ayatke 30 hingga 38 yang bermaksud:

“(Ingatlah) Ketika tuhan mu berfirman kepada Malaikat:Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang kahlifah(Adam) di atas bumi.Maka jawab para Malaikat: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menunjukkan darah. Sedang kami bertasbih bertasbih dan menyucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungghnya Aku mengetahui apa-apa yang kamu tidak ketahui (30) Allah mengajarkan kepada Adam sekalian nama-nama barang, kemudian barang-barang itu di bawa kepada Malaikat. lalu Allah berfirman: Khabarkan kepadaKu nama-nama barang ini jika kamu yang benar (31) Jawab mereka: Maha suci Engkau, kami tiada pengatahuan tentangny, melainkan apa-apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui lagi Maha bijaksana (32) Allah berfirman: Hai Adam, khabarkanlah kepada Malaikat –malaikat itu nama barang in. Tatkala Adaman menerangkan barang-barang itu, Allah berfirman: BUkankah sudah Ku katakan padamu, bahawa Aku mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi,serta Kutahu apa-apa yang kamu lahirkan dan apa-apa yang kamu sembunyikan (33) (ingatlah) Ketika Kami berkata kepada Malaikat: Tunduklah Kamu kepada Adam! Lalu mereka itu tunduk, kecuali Iblis, ia enggan dan takbur, dan ia termasuk ke dalam golongan-golongan orang-orang kafir (34) Kami berkata: Hai Adam, tinggalah engkau bersama isteri kau dalam syurga, dan makanlah buah-buahannya dengan senang menurut kehendakmu, dan janganlah kamu dekati pohon kayu ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang aniaya(35) Kemudian keduanya diperdayakan oleh syaitan, sampai dikeluarkan dari (kesenangan) yang telah didapatinya, KAmi berkata: Turunlah kamu, sebahagian kamu dengan yang lain bermusuh-musuhan ,dan untukmu kediaman di atas bumi dan kesenangan hingga ketikanya (sampai ajalnya) (36)Kemudian Adam memperoleh beberapa kalimat dari Tuhannya (ia meminta ampun), lalau Allah menerima taubanya, sesungguhnya Dia penerima taubat ;agi penyayang (37) Kami berkata;Turunkanlah kamu sekalin dari syurga. JIka dating petunjukKu kepadamu, maka barang siapa mengikut petunjukKu itu, nescaya tiada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka citan (38)”

Pertembungan antara hak dan batil tetap berpanjangan bersama berlalunya zaman dan waktu. Sepanjang peredaran itulah menyaksikan bagaimana permusuhan ini saling bersilih ganti merebut takhta kerajaan alam(bumi) . Pihak yang memperjuangkan kebatilan yang terdiri daripada manusia dan jin berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan obor kebenaran. Tetapi pihak yang memperjuangkan kebenaran akan terus berusaha menyinari alam ini daripada kegelapan dan kezaliman.


Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-kahfi, ayat ke 29 yang bermaksud:

Dan katakanlah al-Haq itu datangnya dari Tuhanmu, maka barangsiapa yang ingin beriman maka hendaklah ia beriman dan barang siapa yang ingin kafir hemdaklah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu neraka yang bergelojak mengepung mereka. Dan jika meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum air seperti besi mendidih(cair) yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling jelek.”

Allah s.w.t sentiasa mengutuskan para Nabi dan Rasul bagi membantu hamba-hambaNYA yang mahu mendirikan kebenaran di atas muka bumi ini. Para Nabi dan Rasul yang diutuskan daripada kalangan manusia bertujuan untuk membawa manhaj Rabbani (Islam), sentiasa mendapat tentangan daripada pihak yang memperjuangkan kebatilan. Para Nabi dan Rasul bersilih ganti diutuskan kepada makhluk Allah di muka bumi, bermula dengan Nabi Adam a.s. hinggalah kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mereka sentiasa menerima tentangan yang hebat daripada pihak ini (toghut).

Firman Allah s.w.t. di dalam surah At-taubah,ayat ke 33 yang bermaksud:

“Dialah yang mengutuskan Rasul yang memberi petunjuk dan dengan Din yang hak.”

Musyrikin Quraisy Mekah bersama kuncu-kuncunya memerangi Islam pimpinan RAsulullah s.a.w. yang mengeluarkna manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Pertarungan antara hak dan batil menjadi semakin sengit apabila puak musyrikin berganding bahu dengan ahli kitab yang sememangnya menaruh dendam terhadap kebenaran.

Firman Allah s.w.t, di dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 257 yang bermaksud:

“Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan(kekafiran) kepada cahaya(iman), dan orang-orang yang kafir, pelindungan ilah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan(kekafiran).”

Ahli Kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani berjuang bermati-matian untuk menghapuskan ajaran baru ini iaitu agam Islam. Walaupun mereka telah tunduk kepada kebenaran Islam, namun manusia yang berhati batu ini sentiasa mengatur langkah untuk memerangi agama Islam. Serangan demi serangan diatur untuk menghancurkan islam, tetapi ummat islam yang telah dibentuk dengan Tarbiyyah Ruhiyyah oleh Qudwatuna nabi Muhammad s.a.w berjsy mematahkan segala serangan tersebut.

Belajar melalui kekalahan yang diterima oleh mereka, kini mereka mengatur langkah baru untuk menghancurkan agama Islam dan pengikutnya. Strategik baru yang dipanggil al-Ghazwu al-Fikri sememangnya menyebelahi mereka tatkala umat Islam lalai dengan kemewahan dasn kesenangan . serangan cara baru yang diketuai oleh orang-orang Yahudi ini begitu licik dan tersusun rapi sehingga umat manusia khususnya orang-orang Islam tetipu, seterusnya jatuh tersungkur.


bersambung...
This entry was posted on 14:03 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: