Author: seruling
•11:35


بسم الله الرحمن الرحيم

Syelkh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata:

"
Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda)ku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan di ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. adakah kalian semua begitu wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah, atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana ALLAh...Tiada satu pun kumpulan(dari kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia kepada golongan yand dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas....Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian.Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsa tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, pati-partinya,badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:


"Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan merka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemulian sebagai mujahidin dan syuhada'.

JIka kalian mahu, narilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapan sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."

"Ya Allah kami mengadu kepada Mu...kami mengaku kepadaMU...kami mengadu kepada Mu...kami mengadu kepada Mu lemahnya kami akan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kam. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah,maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan , wanita-wanita, yang dijandakn, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepada Mu berseleraknya kesatuan(umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terbelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami,betapa tidak bermayanya umat disekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami..."







This entry was posted on 11:35 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On 14 June 2009 at 18:51 , Anonymous said...

Kesanggupan seseorang untuk berjihad di jalan Allah asalah hasil kurnian iman oleh Allah. Ia berkait rapat di antara satu sama lain. Iman sebagai asas kepercayaan atau ikrar kepada Allah, jihad pula adalah cara untuk mencapai matlamat hidup mukmin dan membuktikan kebenarann imannya. Iman menjadi panduan utama kepada cintakan jihad, sanggup mati di jalan Allah, sanggup berkorban demi apa sahaja demi jihad. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya ( terus percaya dengan ) tidak ragu-ragu lagi, serta berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah.Mereka itulah orang yang benar" ( Surah Al-Hujurat:15)

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya
-surah al baqarah:154-

 
On 3 July 2009 at 15:30 , seruling said...

tawiyah atau kuhanis..terima kasih keran melewati ke teretak usangku...terima kasih jua keran mengungkapkan ayat suci al-quran buatku supaya tidak lalai dan alpa dgn kemewahan duniawi yang sementara..doakn ku spuya mati dalm syahid ya..itu impian ku..ALLAH HUAKABAR!!